Program Khidmat Komuniti Patriot ( CSR ) oleh pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Pahang, Universitas Andalas, Indonesia, Persatuan Belia & Beliawanis Kg Morten Dan Perbadanan
Program Khidmat Komuniti Patriot ( CSR ) oleh pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Pahang, Universitas Andalas, Indonesia, Persatuan Belia & Beliawanis Kg Morten Dan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka berganding bahu membersihkan Sungai Melaka di Fasa 2 sebagai salah Satu aktiviti tanggungjawab Sosial yang telah diadakan pada petang tadi di Sungai Melaka. Peserta Seramai 50 orang telah dibawa Menaiki bot menyusuri Sungai Melaka Dan ke fasa 2 untuk tujuan program tersebut. Pihak Melaka River Cruise mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan Dan jutaan terima kasih kerana memilih Sungai Melaka utk program CSR anda..Semoga kerjasama ini berterusan pada Masa Akan datang.