Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka

Ucapan Pengerusi

Latar Belakang

Visi, Misi & Objektif

Fungsi Jabatan

Powered By: Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka

Ucapan Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia & Salam Perpaduan.

Alhamdulillah, Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dengan berkat keizinan dan limpah kurnia-Nya, laman sesawang Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) telah dapat diwujudkan.  

Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan yang telah berusaha untuk menyediakan laman sesawang ini, ini dapat dijayakan dengan kesedaran betapa pentingnya sesuatu laman sesawang kepada sesuatu organisasi itu bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh orang ramai dari dalam dan luar negeri. Usaha mendokumentasikan salah satu khazanah negeri seumpama ini sememangnya satu usaha yang relevan dan wajar diteruskan bukan sahaja untuk memartabatkan sejarah tetapi lebih dari itu untuk difahami, dihayati dan dijana seterusnya oleh generasi yang baru  

Saya berkeyakinan dengan semua maklumat-maklumat berguna yang terkandung di laman ini dapat menyedarkan  masyarakat bagaimana pentingnya untuk menghargai alam semua jadi kita serta bagaimana pihak kerajaan negeri melalui PPSPM telah berjaya membangun serta mengindahkan lagi Sungai Melaka yang mana suatu ketika dahulu hanyalah sebuah sungai yang dipenuhi dengan lumpur dan sampah namun kini Sungai Melaka telah menjadi satu produk pelancongan yang boleh dibanggakan serta diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Malaysia melalui pengiktirafan lokasi utama Cuti Cuti 1 Malaysia, bagi negeri Melaka.  

Sempena ulangtahun ke 2  pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO dan usaha mencapai negeri maju 2010, nama negeri Melaka akan terus melonjak di mata dunia serta akan lebih ramai pelancong yang akan datang melawat negeri ini terutama ke Sungai Melaka.  

Semoga laman ini akan dapat menambah populariti Sungai Melaka dan perkhidmatan Melaka River Cruise dan harapan saya supaya Sungai Melaka akan dapat menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung ke sini sekali gus memeriahkan lagi Sungai Melaka yang penuh dengan sejarah.  

Akhir kata, sekali lagi Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman sesawang ini.

   “MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA, MELAKA MAJU 2010”

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Ucapan Pengerusi

Latar Belakang

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka telah ditubuhkan pada 1hb Jun 2005 dibawah seksyen III enakmen 2 tahun 2005 dan bertanggungjawab memajukan pembangunan dan pengurusan sungai dan pantai di negeri ini secara sistematik.

 

 

Latar Belakang

Visi, Misi & Objektif

Visi

Sebagai Agensi Pentadbiran Dan Pengurusan Semua Sungai Dan Pantai Negeri Melaka Yang
Akan Memastikan Semua Sungai Dan Pantai Berada Dalam Keadaan Yang Bersih, Indah
Dan Berdaya Maju Sesuai Sebagai Destinasi Pelancongan

Misi

Merancang, Menyelaras, Mengurus, Memulihara, Membangun Dan Mempromosikan
Pembangunan Dan Sistem Pengangkutan Bagi Tujuan Pemuliharaan, Pelancongan
Dan Perdagangan Untuk Sungai Dan Pantai Negeri Melaka

Objektif

 

 

Visi, Misi & Objektif

Fungsi Jabatan

Fungsi 1

Membangun dan mempromosikan sungai dan pantai sebagai destinasi pelancongan dan pusat perdagangan;

Fungsi 2

Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk pembangunan dan pemuliharaan sungai dan pantai;

Fungsi 3

Membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelancongan;

Fungsi 4

Merancang dan mengesyorkan kepada pihak berkuasa negeri untuk pembangunan dan kemajuan sitem pengangkutan sungai;

Fungsi 5

Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri;

Fungsi 6

Mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menetukan sama ada pengusahaan dan perjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula boleh dilaksanakan;

Fungsi 7

Memajukan dan menyelaraskan perjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain;

Fungsi 8

Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan;

Fungsi 9

Membangun dan melaksanakan panduan, standard prestasi, cara dan tatacara berhubungan dengan pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sungai dan pantai;

Fungsi 10

Menyelaraskan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pelancongan, rekreasi dan ekonomi di kawasan sungai dan pantai;

 

Fungsi 11

Merancang dan mengesyorkan kepada pihak berkuasa negeri berkenaan dengan dasar, cara dan langkah yanng hendak diambil untuk menjaga , memelihara dan menggalakkan pembangunan sungai dan pantai;

Fungsi 12

Menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan pengurusan sungai dan pantai;

Fungsi 13

Memperolehi dengan cara pembelian, pemberian atau dengan apa-apa cara jua harta alih dan harta tak alih dan apa-apa kepentingan di dalamnya dan dengan persetujuan secara bertulis dahulu daripada menteri kewangan, melepaskan atau dengan cara lain memperniagakan mana-mana harta itu atau mana-mana kepentingan di dalamnya yang diperolehi sedemikian itu oleh perbadanan;

Fungsi 14

Mendirikan apa-apa bangunan di atas mana-mana harta tak alih kepunyaan perbadanan dan menyusun menurut rancangan dan menyediakan harta itu untuk menjalankan fungsi-fungsi perbadanan atau lain-lain kemudahan dan kesenangan yang bersangkutan dengannya yang difikirkan patut oleh perbadanan;

Fungsi 15

Menjalankan perniagaan berlesen;

Fungsi 16

Dengan persetujuan pihak berkuasa negeri, boleh menggunakan atau membenarkan supaya digunakan harta perbadanan bagi maksud-maksud selain daripada yang tersebut diatas yang ditetapkan olehnya dan;

Fungsi 17

Apa-apa perkara lain yang difikirkan patut bagi membolehkan menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan;

 

Visi, Misi & Objektif