FUNGSI BAHAGIAN PEMASARAN DAN EVENT
Terbahagi kepada tiga (3) unit iaitu Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Unit Grafik dan IT dan Unit Perlesenan. Bilangan kakitangan kontrak di bahagian ini adalah seramai 7 orang.
Fungsi utama Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia adalah seperti berikut :
i . | Bertanggungjawab menguruskan hal-hal pentadbiran dan perkhidmatan Jabatan . |
ii . | Bertanggungjawab menguruskan hal-hal dokumen-dokumen dan surat menyurat Jabatan . |
iii . | Menyelaras sistem rekod fail . |
iv . | Merekod dan menyimpan sesalinan rekod dokumen penting Jabatan . |
v . | Menyelaras penghantaran dan penerimaan surat-surat Jabatan . |
vi . | Bertanggungjawab sebagai urusetia Mesyuarat Lembaga Pengarah PPSPM, Mesyuarat Perjawatan dan Tatatertib, Mesyuarat Pengurusan Mesyuarat Bahagian Pentadbiran . |
vii . | Merancang pembangunan sumber manusia dan pembangunan organisasi seperti urusan pengambilan kakitangan, penstrukturan semula organisasi, pertukaran kakitangan, latihan, kursus dan tatatertib |
viii . | Menyelaras pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa- jawatankuasa kecil PPSPM, perhimpunan bulanan dan bacaan Yaasin . |
ix . | Memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan Jabatan dan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S . |
x . | Bertanggungjawab memantau, mengemaskini dan menambahbaik laman web Jabatan . |
xi . | Berperanan dalam merekabentuk bahan- bahan program / pengurusan Jabatan . |
xii . | Bertanggungjawab sebagai urusetia kursus Jurumudi(terhad) sungai dan tasik negeri Melaka . |
xiii . | Bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran lesen bot dan jurumudi (terhad) sungai dan tasik negeri Melaka . |