PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) BERSAMA MEDIVEST SDN BHD

Pengumuman

Program CSR dijalankan pada 03 Disember 2022 (sabtu) dan dihadiri oleh 150 orang peserta dari Medivest Sdn Bhd, Jabatan Alam Sekitar Melaka dan PPSPM. Program diadakan di Taman Rempah dan pembersihan dijalankan di Fasa 1 & Fasa 2 sungai Melaka. Program ini dikendalikan oleh pihak PPSPM yang mana terdiri daripada kumpulan pembersihan operasi oleh En. Sharil Bin Abu dan En. Shahir Salim. Manakala bagi pihak pengurusan pula diketuai oleh Hj. Salman Bin  Hj. Salim. Operasi MRC adalah seramai 8 orang dan pentadbiran seramai 11 orang, menjadikan jumlah sebanyak 19 orang peserta bgi program khidmat masyarakat kali ini.

Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peseta dan ucapan daripada En. Muhammad Firdaus Ishak (CEO Medivest), YBrs. En. Rosli Mustafa ( Pengarah DOE Melaka) dan YGhb. Datuk Zaidi Bin Atan (Exco Alam Sekitar) dan disudahi dengan ucapan keselamatan oleh pegawai PPSPM. CSR dijalankan di fasa I dengan kumpulan berjalan kaki sahaja daripada jeti Samudera sehingga ke jeti Kampung Hulu, dengan kekuatan 1 bot pengiring sahaja. BAgi fasa II pula, pembersihan dijalankan di atas sungai. Jeti Rumpun bahagian 1 & 2 bot pembersihan dan 1 bot pengiring. 

Program tamat pada jam 12.00 tengahari dan disudahi dengan ucapan penutupan majlis dan cabutan bertuah. Penyampaian makanan dan pokok diserahkan kepada unit pembersihan dan sumbangan tunai dijangka akan diserahkan pada minggu ketiga bulan Disember 2022.