





” Hari ini, saya melakukan lawatan ‘turun padang’ bagi meninjau sendiri perkembangan dan permasalahan dalam projek pembangunan Sungai Melaka Fasa II yang telah lama tertangguh, khususnya di bahagian jajaran pakej satu. Projek ikonik pelancongan ini telah beberapa kali tertangguh, akibat pertukaran kontraktor sehingga akhirnya ia masih gagal disiapkan.
Saya bersama YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka juga diberikan taklimat di pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM), membabitkan wakil-wakil agensi Negeri dan Persekutuan. Saya mahukan projek ini menjadi keutamaan untuk disiapkan menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 ” kata YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam petikan halaman facebook miliknya.