PROGRAM CSR MEMBERSIHKAN SUNGAI MELAKA BERSAMA PESERTA DARIPADA AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

 Satu program khidmat masyarakat (CSR) bagi pembersihan Sungai Melaka telah diadakan pada 11.3.2023 (Sabtu) disepanjang sungai Melaka. Program CSR ini dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM). Pihak PPSPM juga telah bekerjasama dengan peserta-peserta dari Akademi Laut Malaysia ( ALAM ) dalam menjayakan program ini. Selain itu, program ini juga bukan sahaja membersihkan sampah di sepanjang Sungai Melaka sahaja, malah turut membersihkan sekitar kawasan tumpuan pelancongan seperti contoh di Bastion Middleburg dan sekitar di Dataran SUNGAI Melaka.

Semoga segala usaha dan kerjasama ini berterusan bagi menjaga alam sekitar dan kawasan sekitar tempat tempat tarikan pelancongan agar sentiasa kelihatan cantik, menarik dan bersih.

Terima kasih diucapkan dan setinggi – tinggi penghargaan kepada pihak ALAM kerana memilih Sungai Melaka sebagai lokasi utama dalam program CSR ini.