Majlis Perasmian Bangunan Baru PPSPM dan

Melihat sejarah panjang Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) yang meraikan ulang tahun ke-18 pada tahun ini.

PPSPM ditubuhkan hasil cetusan idea Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia, (Dr.) Haji Mohd Ali Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Melaka. PPSPM merupakan satu agensi kerajaan badan berkanun yang diberi tanggungjawab penuh untuk memelihara sungai dan pantai yang terdapat di negeri Melaka. Penubuhan PPSPM juga adalah untuk merealisasikan hasrat serta impian kerajaan negeri untuk menjadikan sungai Melaka sebagai pusat pelancongan dan kawasan yang mampu menjanakan pendapatan. 

Oleh itu, melaka river cruise telah diwujudkan hasil kerjasama pihak kerajaan negeri dengan pihak PPSPM untuk pembangunan kemajuan sungai Melaka. Sungai Melaka pada dasarnya sungai yang kotor, hitam dan berbau telah berubah wajah dan kini menjadi ikon Pelancongan Utama Negeri Melaka. Pada awal penubuhannya hanya terdapat dua buah bot sahaja tetapi kini PPSPM telah mempunyai 40 buah yang beroperasi. Sehubungan dengan itu, PPSPM juga telah membuka mata masyarakat khususnya rakyat Negeri Melaka bahawa Sungai Melaka mampu memberi impak yang positif kepada industri pelancongan.