Buletin PPSPM
PPSPM mara ke peringkat akhir bagi Kajian Outcome Projek Bina Baru dan Naik Taraf Jeti di Sungai Melaka.
08 Disember 2022, Ayer Keroh
PPSPM merupakan salah satu daripada 12 Agensi Kerajaan Negeri yang mara ke peringkat akhir pada Konvensyen Penilaian Pembangunan Negeri Melaka bagi Tahun 2022 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka. Kajian Outcome yang dilaksanakan adakag bagi projek bina baru dan naik taraf jeti di Sungai Melaka Fasa 1 yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 sehingga 2022. Kemudahan infrastruktur di Sungai Melaka ini banyak memberi manfaat dan merupakan pemangkin kepada ekonomi negeri Melaka. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi bin Johari turut meluangkan masa melawat booth pameran bersama-sama EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Datuk Zaidi bin Attan, YB Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YB Datuk Salhah binti Salleh, YB Exco Negeri Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Ngwe Hee Sem.




Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.