top of page
413914032_122101983860158582_2121281161996410812_n.jpg
413914032_122101983860158582_2121281161996410812_n.jpg

Pakej ECO - Cruise Sungai Lingggi

Melaka River Cruise telah menambah satu lagi pakej dalam perkhidmatan cruise untuk menambahkan lagi minat para pelancong apabila datang ke negeri Melaka iaitu pakej ECO - Cruise Sungai Linggi dimana pakej ini dilaksanakan di utara Negeri Melaka iaitu di Kampung Paya Lebar. Pakej ini turut tersedia dengan beberapa pakej lain seperti menikmati makanan dikawasan sekitar sungai Linggi iaitu di sebuah Restoran Terapung yang terletak di Taman Lokan.

Melaka River Cruise menubuhkan pakej ini adalah kerana untuk memberi pengalaman yang baharu kepada para pengunjung khususnya yang mengemari alam semula jadi flora dan fauna. Para pelancong juga dapat menikmati pemandangan yang cukup menakjubkan dimana dapat melihat buaya secara dekat yang terdampar disepanjang sungai Linggi. Selain itu, Perkhidmatan ini juga membuktikan bahawa Melaka River Cruise sangat komited dalam menyediakan mutu perkhidmatan yang terbaik buat semua para pelancong yang ingin menikmati pengalaman baharu di negeri ini.

415732932_122111706434158582_5996522411766252594_n_edited_edited_edited_edited_edited_edit
bottom of page